Friday, December 30, 2011

S.H. Alattas a.k.a. Pak Habib Dari Kacamataku

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin bercerita tentang seorang penulis ataupun figure yang terkenal iaitu S.H. Alattas atau juga dikenali sebagai Pak Habib.  Idea untuk menulis mengenai beliau timbul selepas saya membaca buku Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya - Dunia & Akhirat.

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli buku beliau kerana beliau terlalu dikenali sebagai seorang yang suka menulis tentang politik.  Saya pula memang tidak sukakan politik... minta maaf.. Satu lagi yang membuatkan saya tidak tertarik dengan buku beliau ialah kerana corak kulit buku beliau yang agak ketinggalan seolah-oleh diterbitkan pada zaman 60-an atau 70-an.  Gambar kulit buku pula tidak diambil dari studio dan kualiti (picture resolution) juga begitu rendah.  Biasalah, ramai orang yang suka judge book by it's cover.

Memandangkan beliau adalah seorang yang sangat dikenali sebagai penulis yang berkaliber dan berani dan juga hasil dorongan Dr. Azizan Osman untuk membeli buku itu lalu saya beli juga.  Yang penting bagi saya adalah isi kandungan buku tersebut.  Saya harus belajar untuk tidak menilai buku dari sudut luarannya. Saya, abang saya dan sahabat saya membeli buku tersebut seorang senaskah.

Tiga bulan buku itu terperap di rumah. Saya betul-betul tiada masa untuk membacanya.  Bila saya mula membuka buku tersebut, apa yang terpahat dalam fikiran saya, ini adalah tulisan dari seorang yang hebat. Saya ingin tahu sejauh manakah kehebatan beliau.

Nah, beliau adalah seorang yang berani dan sangat berani.  Bahasa yang beliau utarakan penuh dengan ilmu dan intelek.  Beliau suka berkata apa yang patut dikata tanpa ada rasa takut.  Bak kata beliau, buku ini saya yang tulis suka hati sayalah nak tulis apa pun. Yang paling penting, buku ini merupakan satu buku untuk kita 'think big' dan berfikiran positif bukan sahaja untuk kejayaan dunia malah juga untuk kejayaan di akhirat.

Apa yang membuat saya kagum adalah beliau menjadikan Dr. Azizan Osman sebagai mentor beliau sedangkan beliau sudah dikenali menulis lebih dari 60 buah buku dan jauh lebih tua.  Tidak malu berguru dari orang yang jauh lebih muda. Hebat.....

Saya cuba mencari beliau dalam wikipedia.  Hasilnya, ini adalah informasi tentang beliau..

Syed Hussein Al-Attas ('Pak Habib') merupakan penulis buku politik di Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, Syed Hussein dan lain-lain penulis buku politik telah dihalau keluar. Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat menyelesaikannya.[1]
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Musa Hitam menyaman beliau berhubung buku tulisannya yang bertajuk, 'Siapa Lawan Siapa'. Buku ini membuat tuduhan mengenai peranan Musa Hitam dalam Peristiwa Memali. Mahkamah mendapati tuduhan tersebut fitnah dan Syed Hussein diperintah bayar ganti rugi RM1.9 juta.[2]
Pada 1 Julai 2010, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memerintahkan Syed Hussein Al-Attas (68) membayar ganti rugi RM1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim kerana fitnah. Keputusan itu diberikan oleh Panel hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azhar Ma'ah yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001. Beliau juga diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.
JCorp, Muhammad Ali dan ahli perniagaan Haris A Hamid telah menyaman Syed Hussein. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Hussein akan mengemukakan rayuan.[3]
Nampaknya beliau tidak begitu terkenal dalam wikipedia.  Tidak ada cerita tentang beliau yang sedap dibaca.  Informasi beliau lebih kepada tindakan pihak ketiga atas tulisan beliau.  Ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang berani dan tidak kisah demi menegakkan maklumat yang beliau ingin sampaikan. 

S.H.Alattas juga punya laman web beliau sendiri iaitu Shalattas.Com.  


Wednesday, December 28, 2011

Taklimat Wasiat Di Felda Chini 4

Alhamdulillah... Hari ini, 28 Disember 2011, jumlah peneroka yang hadir mendengar taklimat penulisan wasiat kami amat menggalakkan sehingga memenuhi ruang dewan.

Malah, ada juga yang berdiri di luar dewan kerana suasana di dalam dewan agak panas kerana orang terlalu ramai. Selesai taklimat kami dijemput oleh seorang penduduk di situ untuk ke rumahnya kerana ibunya yang uzur ingin membuat penulisan wasiat dengan kami..

Syamsul sedang memberi taklimat wasiat



Isteri-isteri Peneroka Felda



Para hadirin lelaki...



Sempat berposing sekejap... Hehe...



Abang Ngah - Zulfiqar menjadi assistant pada hari ini... Tolong copy IC dan edar flyers.. Huhu...

Tuesday, December 27, 2011

Singgah Di Tasik Chini

Hari ni sepatutnya saya dan abang saya, Syamsul mengadakan taklimat di Felda Chini 5, tapi disebabkan masalah teknikal, taklimat tersebut terpaksa kami tunda pada hari Khamis 29 Disember 2011.
Disebabkan boring dan tak pernah sampai di Tasik Chini, kami pun singgah sebentar untuk meninjau pemandangan di situ.

Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua...

Binatang liar dapat dilihat dengan senang.. Saya sempat mengambil gambar tupai ini dengan mudah..

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. 

Bot-bot untuk disewa

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. 

Pemandangan jeti dari restoran di Tasik Chini Resort

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Jeti untuk menaiki bot melawat Tasik Chini

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.


Pemandangan chalet di Resort Tasik Chini

Legenda Masih Lagi Wujud?

Ini cerita petikan dari sebuah blog penduduk Felda Chini:
Korang pernah dengar Tasik Chini punya lagenda? Sebenarnya aku ni duduk dekat dengan Tasik Chini ni dah dekat 30 tahun. Ada la dalam 10 km dari rumah. Dulu masa kecik2 memang cantik tasik ni especially bila musim teratai kembang memang cantik. Dulu masa aku kecil macam-macam kisah misteri yang aku dengar dan lihat sendiri! Yang aku lihat sendiri bila jaring/jala ikan yang ada jiran aku bawak balik penuh dengan....ular bukan ikan! aku takut giler masa tu sebab kebetulan lalu depan umah jiran aku masa balik dari sekolah. Katanya dia menjaring di Tasik Chini. Ada kes Kulit bersisik sebab bunuh ular ke di Tasik Chini. Memang kecoh dulu kes ni. Kisahnya begini :

peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. "Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya."Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. "Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air."Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. "Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu. "Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir."Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri. "Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu."Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. "Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.

Ayah dan abang aku juga pernah menjadi mangsa sesat di Tasik Chini sebab tebang pokok dan nak bawak balik. Masa nak balik tu tak jumpa jalan sedangkan diorang tu orang tempatan dan dah biasa jalan di situ. Abang aku ambil keputusan untuk buang kayu tu dan tak lama kemudian mereka dapat keluar dari situ.
\
Rujukan: Dunia Suhazli

Klik Di Sini Dan Anda Akan Dapat WANG!

Daftar Sekarang Untuk Mendapatkan WANG Dengan Hanya KLIK!

Monday, December 26, 2011

Bahasaku oh Bahasaku

Bila kita berkunjung ke sesebuah negara, kita selalunya kagum dengan budaya dan bahasa yang ditonjolkan. Bahasa rasmi negara selalunya terpahat bukan sahaja di papan iklan 'billboard' malah juga di papan-papan tanda. Sebut saja di Thailand, Negara-negara Arab, Indonesia, Hong Kong, China, Eropah dan negara-negara lain yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, papan-papan tanda di negara mereka meletakkan bahasa rasmi negara sebagai bahasa utama atau bahasa primer. Sekiranya Bahasa Inggeris digunakan, ianya hanya dipaparkan sebagai bahasa kedua.

Amat menyedihkan, lain yang berlaku di Malaysia. Sesetengah pihak terlalu obses dengan penggunaan Bahasa Inggeris dan meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa sekunder di iklan-iklan mahupun papan tanda mereka. Lebih menyedihkan, kadang-kadang cuma diletakkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Sepatutnya isu sebegini tidak wajar wujud. Orang-orang Cina di Malaysia memang boleh berbahasa Malaysia. Pembelajaran Bahasa Malaysia telah diterapkan semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. Malah sekolah jenis kebangsaan pun diwajibkan mengambil Bahasa Malaysia dan lulus dengan kredit untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia.

Inilah semangat 1Malaysia yang kerajaan cuba wujudkan sekian lama. Bila wujudnya pandangan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kelas kedua, hak bahasa kita dianaktirikan. Sedangkan rata-rata pelanggan mereka adalah rakyat tempatan. Peratusan rakyat asing yang berkunjung ternyata amat sedikit. Sekiranya ada, mereka harus belajar berada di negara Malaysia sebagaimana kita cuba belajar hidup di negara orang. Lagipun rakyat Malaysia rata-rata boleh berbahasa Inggeris jadi tanya sajalah orang-orang Malaysia yang berbudi bahasa dan menghormati tetamu.. Malu bertanya sesat jalan...

Bahasa Jiwa Bangsa...


Tulisan Bahasa Malaysia Yang Jauh Lebih Kecil Berbanding Bahasa Lain

Tulisan Bahasa Malaysia Yang Jauh Lebih Kecil Berbanding Bahasa Lain

Di Manakah Bahasa Malaysia Di Sini??

Di Felda Keratong

Hari ni bertolak pukul 8.15 malam dari Nilai dan sampai di Felda Keratong pukul 11.00 malam.. Esok awal-awal lagi kena bangun sebab ada taklimat di Felda Chini... Ingat nak tidur awal tapi sekarang dah pukul 1.30 pagi masih belum tidur lagi.. Layan blog ngan anak buah.. Zulfiqar a.k.a Abang Ngah... Harap-harap esok tak mengantuk...

Baru download Pudding Camera for iPhone... So Abang Ngah jadi mangsa... Hehe...

Nak tidur dah... Chow...

Sunday, December 25, 2011

Bagaimana Cara Untuk Menyegarkan dan Melembabkan Wajah Secara Semulajadi

Saya ingin berkongsi petua bagaimana untuk melembabkan wajah dengan menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang merosakkan kulit.  Kaedah ini telah lama saya amalkan dan ianya amat berkesan.. Ianya boleh dilakukan sekali sehari, pagi sebelum kerja atau malam sebelum tidur.  Tetapi sekiranya anda merasa selesa, sewaktu tidur bolehlah terus menyapu minyak zaitun ini tanpa perlu dilapkan.

Selamat mencuba...!

Ibnu Sina - Doktor Islam Terulung



Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai “Wajib al-Wujud” ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada “Wajib al-Wujud” yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab “Himah Ilahiyyah” dalam fasal “Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al’Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.

Surah Al-Kautsar




Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.  


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-  

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 


2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.                        


3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.      

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.      

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.          

6. Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.                        

7. Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.                            

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan, saudara kita.

Kelebihan Memakai Serban


Di luar kita boleh nampak berbagai fesyen serban...ada yang bertauliah dan ada yg sebat je pakai.. Takpelah yang penting niatnya semua untuk mengikuti sunnah Rasulullah kerana ALLAH TAALA. INSYAALLAH pasti ada ganjarannya di akhirat kelak.


Mari kita baca dan lihat kisah tentang serban ni...


1. Untuk kemenangan dan kemuliaan

Menurut Al- Hafiz Ahamd al-Ghammari dalam Mutabaqah Al Ikhtira'at Al Asruan Lima Akhbar Bihi Syed Al bariah, Nabi SAW bersabda:

"Serban itu kehormatan orang Mukmin dan kemuliaan orang Arab (Islam). Apabila orang Arab (ISlam) membuang serban mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan dan kemenanan mereka".



Dalam hadis lain,"Serban itu mahkota orang Arab, apabila mereka mnanggalkan serban bererti mereka telah menanggalkan kemuliaan, kehebatan dan kemenangan mereka"





Menurut sejarah, setelah Turki menakluk dan memerintah kebanyakan tanah Arab, maka tarbus telah mengambil tempat serban. Setelah mereka tanggal serban diganti dengan tarbus, lalu datang penjajah Barat menjajah pula. Umat Arab pun setelah itu terus mnurut segala perangai penjajah Barat. Mereka terus menggondol kepala tanpa apa-apa penutup kepala, mereka langsung meninggalkan tabiat Islam.


2. Untuk berbeza dengan orang bukan Islam

Org bkn Islam pun ade tradsi bertutup2 kepala ni gak. macam pakai topi, kopiah n macam serban Benggali punye. tapi bentuk n cara penutupan kepala dorang tu berbeza dgn org Islam. Nabi SAW perintahkan supaya umat Islam membezakan bentuk penutup kepala kita dgn mereka. Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a dulu semua sangat berhati-hati sekali bila masuk bab pakaian. Mereka akan pastikan agar orang-orang Islam tidak menyerupai orang bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Hatta dalam bidang pemakaian, tapi sedihnya orang hari ni menyifatkan ini sebagai perkara kecil atau remeh-temeh..atau mungkin langsung tak pandang..

Ada hadis tulis pakai serban di atas songkok (kopiah).. Sama la juga macam tudung labuh atau pun orang yang berpurdah (tapi yg ni ada perbezaan pendapat) . Pakai labuh-labuh sebab nak bezakan antara orang bkn Islam dgn Islam. Islam ada identiti yang tersendiri! Zahir je dah nampak! Oh dier ni orang Islam! Itulah hikmahnyer.. Itu baru namanyer SYIAR ISLAM.


3. Allah dan Malaikat berselawat ke atas orang yang memakai serban dan para malaikat-Nya meminta ampun ke atas orang yang berserban pada hari Jumaat.



Rasulullah SAW Bersabda, maksudnya:

"Allah berselawat (memberi rahmat) dan para malaikat-Nya meminta ampun ke atas orang yang berserban pada hari Jumaat" Malaikat berselawat yakni meminta ampun bagi orang yang memakai serban pada hari Jumaat"


4. Gandaan pahala untuk orang pakai serban



Pengarang kitab Jawahir Al-Mauhub memetik sabda Nabi SAW, maksudnya

"Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu lebih baik daripada 70 rakaat sembahyang tidak memakai serban".

Dalam hadis lain," Solat dengan memakai serban pahalanya 10,000 kebajikan dan solat Jumaat berserban menyamai 70 kali pahala Jumaat"


Sesiapa yang memakai serban dgn niat utk meniru Nabi Muhammad SAW dan utk melahirkan dan menegakkan syiar Islam, pahalanya besar sangat-sangat!
Hadis riwayat Imam Al Baihaqi dari Al Hassan bin Qutaibah dari Ibnu Abbas r.a, sabda Nabi SAW:

" Siapa yang berpegang teguh dengan Sunnahku (mengamalkan Sunnah Nabi SAW) ketika umatku telah rosak, baginya 100 kali pahala syahid"

Dalam hadis lain riwayat Al Tarmizi:
"Sesungguhnya kamu (sahabat-sahabat Nabi SAW) berada di dalam masa yang sekiranya kamu meninggal sepersepuluh (1/10) daripada apa yang diperintahkan, nescaya binasa. Kemudian akan datang suatu masa (di akhir zaman) yang sekiranya di antara kamu ( kalangan umat Islam) beramal sepersepuluh (1/10) daripada apa yang diperintahkan ALLAH, nescaya ia terselamat".


KARYA: Syeikh Mujahid


7 SUNNAH PENTING


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:  
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua 

Awek Bertudung

Bertudung tu bagus tapi bahasa pun mestilah kena dengan caranya...  Janganlah pakaian saja cantik tapi bahasa tidak mencerminkan keperibadian..  Bahasa itu jiwa bangsa...

Cheers!

Maggi Goreng...


Kadang-kadang makan mi segera pun sedap juga.. tapi mestilah ada presentation sikit.. Hehe..

Pulut Inti


Sekali sekala jadi kreatif apa salahnya.... Cuba tukar shape kuih muih kita untuk menarik perhatian kanak-kanak...