Friday, December 30, 2011

S.H. Alattas a.k.a. Pak Habib Dari Kacamataku

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin bercerita tentang seorang penulis ataupun figure yang terkenal iaitu S.H. Alattas atau juga dikenali sebagai Pak Habib.  Idea untuk menulis mengenai beliau timbul selepas saya membaca buku Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya - Dunia & Akhirat.

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli buku beliau kerana beliau terlalu dikenali sebagai seorang yang suka menulis tentang politik.  Saya pula memang tidak sukakan politik... minta maaf.. Satu lagi yang membuatkan saya tidak tertarik dengan buku beliau ialah kerana corak kulit buku beliau yang agak ketinggalan seolah-oleh diterbitkan pada zaman 60-an atau 70-an.  Gambar kulit buku pula tidak diambil dari studio dan kualiti (picture resolution) juga begitu rendah.  Biasalah, ramai orang yang suka judge book by it's cover.

Memandangkan beliau adalah seorang yang sangat dikenali sebagai penulis yang berkaliber dan berani dan juga hasil dorongan Dr. Azizan Osman untuk membeli buku itu lalu saya beli juga.  Yang penting bagi saya adalah isi kandungan buku tersebut.  Saya harus belajar untuk tidak menilai buku dari sudut luarannya. Saya, abang saya dan sahabat saya membeli buku tersebut seorang senaskah.

Tiga bulan buku itu terperap di rumah. Saya betul-betul tiada masa untuk membacanya.  Bila saya mula membuka buku tersebut, apa yang terpahat dalam fikiran saya, ini adalah tulisan dari seorang yang hebat. Saya ingin tahu sejauh manakah kehebatan beliau.

Nah, beliau adalah seorang yang berani dan sangat berani.  Bahasa yang beliau utarakan penuh dengan ilmu dan intelek.  Beliau suka berkata apa yang patut dikata tanpa ada rasa takut.  Bak kata beliau, buku ini saya yang tulis suka hati sayalah nak tulis apa pun. Yang paling penting, buku ini merupakan satu buku untuk kita 'think big' dan berfikiran positif bukan sahaja untuk kejayaan dunia malah juga untuk kejayaan di akhirat.

Apa yang membuat saya kagum adalah beliau menjadikan Dr. Azizan Osman sebagai mentor beliau sedangkan beliau sudah dikenali menulis lebih dari 60 buah buku dan jauh lebih tua.  Tidak malu berguru dari orang yang jauh lebih muda. Hebat.....

Saya cuba mencari beliau dalam wikipedia.  Hasilnya, ini adalah informasi tentang beliau..

Syed Hussein Al-Attas ('Pak Habib') merupakan penulis buku politik di Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, Syed Hussein dan lain-lain penulis buku politik telah dihalau keluar. Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat menyelesaikannya.[1]
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Musa Hitam menyaman beliau berhubung buku tulisannya yang bertajuk, 'Siapa Lawan Siapa'. Buku ini membuat tuduhan mengenai peranan Musa Hitam dalam Peristiwa Memali. Mahkamah mendapati tuduhan tersebut fitnah dan Syed Hussein diperintah bayar ganti rugi RM1.9 juta.[2]
Pada 1 Julai 2010, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memerintahkan Syed Hussein Al-Attas (68) membayar ganti rugi RM1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim kerana fitnah. Keputusan itu diberikan oleh Panel hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azhar Ma'ah yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2001. Beliau juga diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.
JCorp, Muhammad Ali dan ahli perniagaan Haris A Hamid telah menyaman Syed Hussein. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Hussein akan mengemukakan rayuan.[3]
Nampaknya beliau tidak begitu terkenal dalam wikipedia.  Tidak ada cerita tentang beliau yang sedap dibaca.  Informasi beliau lebih kepada tindakan pihak ketiga atas tulisan beliau.  Ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang berani dan tidak kisah demi menegakkan maklumat yang beliau ingin sampaikan. 

S.H.Alattas juga punya laman web beliau sendiri iaitu Shalattas.Com.  


No comments:

Post a Comment