Saturday, October 20, 2012

Amazing Race to Chiang Mai

Tahniah kepada semua delegasi CWA
Assalamualaikum....

Alhamdulillah... pada 5-7 Oktober lepas kami telahpun berlepas ke Chiang Mai atas tajaan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Percutian percuma ini diberikan oleh CWA untuk perunding-perunding kewangan baru yang mencapai kutipan pelaburan saham amanah terkumpul sebanyak RM380,000 dalam tempoh setahun untuk melayakkan diri menerima satu tiket, manakala RM800,000 pula diperlukan untuk menerima dua tiket percutian percuma.  Saya merasa sangat bertuah kerana berada dibawah bimbingan Group Agency Manager tersohor iaitu Puan Fiona Tahir dan juga Agency Manager, Arma Wahab.  Hasil bimbingan mereka saya layak mendapat 2 tiket percuma untuk ke Chiang Mai ini dalam masa cuma enam bulan sahaja.

Semua perunding kewangan CWA yang layak ini dibawa mengelilingi kota Chiang Mai... Sebanyak dua buah bas persiaran eksekutif telah disediakan oleh CWA.  Pada hari pertama kami dibawa untuk membeli-belah di kawasan perkampungan kraftangan. Terdapat pelbagai barangan kraftangan dan juga barangan perhiasan rumah yang cukup menarik.  Selepas selesai bershopping kami dibawa ke hotel untuk makan malam dan beristirehat. Kami diberikan penginapan yang cukup mewah iaitu hotel bertaraf 5 bintang... Le Meridien Chiang Mai.  Cukup mempesonakan...


Pada hari kedua pula kami telah dibawa ke kawasan perlindungan gajah untuk menaiki gajah dan melihat pelbagai aksi menarik gajah-gajah jinak di sana.


Kawan-kawan dari Charisma Agency


Kemudian kami telahpun dibawa ke ladang bunga orkid untuk melihat sendiri keindahan bunga kebanggaan negara Siam itu..  Terdapat banyak bunga-bunga orkid dari pelbagai spesis dan juga rama-rama yang cukup berwarna-warni...  Pengalaman yang sungguh hebat dan sukar dilupakan.

Setelah selesai menikmati keindahan flora dan fauna, kami dibawa pula ke kilang pemerosesan batu-batu permata bernilai...  Apa lagi, ramai yang mengambil peluang untuk membeli belah barang-barang kemas di sana...

Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kain sutera dibuat.  Setelah keluar dari galeri batu permata, kami dibawa ke butik sutera esklusif kepunyaan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.  Kain sutera di sana tersangat cantik dan murah pula jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia.  Bahagian bersebelahan dengan butik terdapat bilik pameran dimana ulat sutera dipelihara, kemudian bertukar menjadi kepompong. Kepompong itu pula kemudiannya direbus dan ditarik untuk mengeluarkan benangnya.  Satu kepompong mampu untuk menghasilkan sehingga tiga meter benang sutera...



Kalau singgah ke Chiang Mai, tidak sah kalau tidak membeli produk madu lebah yang cukup asli dari kawasan pergunungan.. Madu tersebut dihasilkan dari lebah yang mengambil manisan dari bunga-bungaan yang cukup berkhasiat..  Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk lebah di sana boleh lah merujuk kepada risalah ini... cuma klik pautan risalah madu lebah Chiang Mai ini.

Seperti juga di Malaysia, tidak sah kalau tak pergi ke pasar malam..  Kalau di Kuala Lumpur ada  Petaling Street, di Chiang Mai juga ada..  Kami mengambil peluang untuk bershopping sebelum makan malam di restoran Seafood.  Banyak barang-barang yang menarik di sana dan murah pula....

Untuk malam kedua, kami disajikan dengan masakan tradisional Thai di sebuah restoran seafood.  Memang terangkat.. banyak betul makanan yang disajikan oleh pihak CWA sampai kami pun surrender kekenyangan...

Butik Sutera Chiang Mai
Pada hari terakhir kami singgah ke Northern Village untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke airport.  Sebelum itu, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran yang cukup hebat.. semua masakan laut Thai yang tersangat-sangat sedap....

Alhamdulillah.. segala layanan yang hebat ini akan memberikan kami semangat untuk terus berjuang dengan karier kami di CWA..

Insyaallah.. tahun depan kami akan pergi ke San Francisco... Amin....

Kepada mereka yang berminat untuk memiliki kerjaya hebat seperti ini, boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-3023433 atau emel abjefri.cimb@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi agensi kami iaitu Charisma Agency.  Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.charisma-agency.com.

Untuk koleksi gambar album lawatan ke Chiang Mai, sila klik pautan di sini: Album Chiang Mai


Monday, September 10, 2012

Beraya di Media Prima

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis jamuan hari raya yang di adakan oleh kumpulan Media Prima.  Ramai juga artis-artis yang terkenal di sana.  Tapi tak ramai yang saya sempat bergambar.  Banyak masa saya habiskan berborak santai dengan businessman-businessman yang dijemput oleh pihak Media Prima.  

Saya juga berkesempatan berborak dengan Chef Zam yang kelakar..  Memang tak kering gusi bila berborak dengan beliau.  Paling menarik, saya dijemput oleh pemilik animasi Supertots untuk mengunjungi production house beliau bagi melihat sendiri bagaimana proses pembuatan animasi tersebut.

Bersama Chef Zam yang kelakar

Bergambar bersama David Teo yang sangat peramah

Shaheizy Sam yang sangat stylo dan dikerumuni ramai peminat

Datin Paduka Umie Aida yang sungguh jelita


Sebelum berangkat pulang saya sempat terjumpa pula dengan rakan sekerja di Malaysia Airlines dulu iaitu Azizi.  Sempat jugalah meluangkan masa bersama beliau dan rakan-rakannya... Alhamdulillah, raya tahun ini nampaknya lebih meriah...

Tak sangkat dapat berjumpa dengan Azizi

Gambar kenangan dengan Azlan, Azizi dan rakan beliau...

Sunday, September 9, 2012

Bagaimana Untuk Memaksimumkan Simpanan KWSP

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaiman untuk memaksimumkan pulangan simpanan anda di dalam KWSP tanpa perlu mengeluarkan wang poket anda. Jom tonton video ini sekarang...





Monday, August 6, 2012

Jom Kenal Kuih Muih Kelantan





Kuih Akok

Kuih Lompat Tikam

Kuih Tepung Pelita

Pulut Bakar

Kuih Cara

Sarang Tebuan

Kuih Cek Mek


Kuih Tepung Sunai

Kuih Beko Ubi Kayu



Kuih Nekbat

Kuih Buah Peria

Jala Mas

Kuih Bingka

Kuih Ondeh-ondeh

Kuih Puteri Mandi

Kuih Buah Tanjung

Friday, April 6, 2012

My BNRS Graduation Nite

Assalamualaikum...

I have been wanting to create a vlog for so long and alhamdulillah, at least I have started this for the first time. This vlog actually made for me to express my feelings and gratitude to all my friends, my trainer and my upline for everything..  I really hope that all of us will be successful soon (not one day)... Cheers!





Saturday, February 11, 2012

Kisah Nabi Musa Sakit Perut

Panduan pada teman-teman yang sedang sakit..

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. mengalami sakit perut dan mengadu kepada ALLAH SWT. ALLAH SWT telah perintahkan Nabi Musa a.s. makan daun dari sejenis pokok. Maka, dengan izinNya, Nabi Musa a.s. telah sembuh. Pada suatu masa yang lain Nabi Musa a.s. telah mengalami sakit perut yang sama sebagaimana tempoh hari. Nabi Musa a.s. pun terus mendapatkan penawarnya, iaitu daun dari pokok yang sama. Namun sakit perutnya tidak sembuh, maka Nabi Musa a.s. telah mengadu kepada ALLAH SWT.

Nabi Musa berdoa kepada Allah, "Ya Allah, sudah kumakan daun yang Engkau sebutkan tadi, kenapa sakit perutku tak juga sembuh?". Allah menjawab doa Nabi Musa, "Hai Musa, untuk sakit yang pertama, kau berdoa padaku, dan minta petunjukKu, maka Ku tunjukkan baik-baik penyembuh sakitmu. Untuk sakit yang kedua, kau tak meminta apapun dariKu, dan kau mengambil keputusanmu sendiri, jadi Aku tak memberikan apapun padamu!"

Bila makan ubat tu, berdoa & yakinlah pada kuasa Allah.., bukan pada makhluk. Hanya Dia sahaja mampu memberi kenaikan mahupun kemudaratan..

Bila nak makan ubat tu sebutlah, "Ya Allah jadikanlah apa yg aku makan ini sebagai penawar kerana tiada makhluk yg boleh memberi kebaikan dan kemudaratan selain dari Mu". Yakinlah pada kuasa Allah, bukan pada ubat.. Insyaallah cepat berkesan..

Sunday, January 1, 2012

Ketika Cinta Memanggil

Petang ini saya tiba-tiba rasa sayu.. Rasa jiwa ini ditarik-tarik untuk menyembah Allah.  Rasa rindu yang luar biasa pada sang Pencipta setiap umat manusia.. Rasa cinta yang membuak-buak... Adakah itu petanda Allah juga rindu pada diri ini?

Selesai bersolat saya mencapai Al-Quran dan membacanya perlahan... hati ini jadi sedih... teringat pada Allah yang Maha Pengasih.. pada Rasulullah Sallalahualaihiwasallam, pada Tanah Suci.. Rasa seperti ini pernah saya rasakan ketika mengambil keputusan untuk berangkat ke Tanah Suci pada awal tahun lepas. Rasa itu datang lagi tidak tertahan-tahan.  Ya Allah, murahkan rezeki ku untuk ke rumah mu lagi... Tempat yang penuh dengan hamparan kasih sayang..

Dalam keadaan seperti ini saya teringatkan lagu Ketika Cinta dalam filem Indonesia, Wanita Berkalung Sorban walaupun saya tidak meminati filem berkenaan yang memaparkan cerita yang negatif tentang Islam. Namun, lagunya amat mendayu-dayu ibarat perasaan satu pasangan kekasih yang saling rindu tetapi antara manusia dan Allah SWT. Penerbit filem tersebut mengambil Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu latar tersebut untuk versi wanita dan Opick dalam versi lelaki.


KETIKA CINTA

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa telah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


Ketika Cinta - Opick

Ketika Cinta - Siti Nurhaliza