Monday, September 10, 2012

Beraya di Media Prima

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis jamuan hari raya yang di adakan oleh kumpulan Media Prima.  Ramai juga artis-artis yang terkenal di sana.  Tapi tak ramai yang saya sempat bergambar.  Banyak masa saya habiskan berborak santai dengan businessman-businessman yang dijemput oleh pihak Media Prima.  

Saya juga berkesempatan berborak dengan Chef Zam yang kelakar..  Memang tak kering gusi bila berborak dengan beliau.  Paling menarik, saya dijemput oleh pemilik animasi Supertots untuk mengunjungi production house beliau bagi melihat sendiri bagaimana proses pembuatan animasi tersebut.

Bersama Chef Zam yang kelakar

Bergambar bersama David Teo yang sangat peramah

Shaheizy Sam yang sangat stylo dan dikerumuni ramai peminat

Datin Paduka Umie Aida yang sungguh jelita


Sebelum berangkat pulang saya sempat terjumpa pula dengan rakan sekerja di Malaysia Airlines dulu iaitu Azizi.  Sempat jugalah meluangkan masa bersama beliau dan rakan-rakannya... Alhamdulillah, raya tahun ini nampaknya lebih meriah...

Tak sangkat dapat berjumpa dengan Azizi

Gambar kenangan dengan Azlan, Azizi dan rakan beliau...

Sunday, September 9, 2012

Bagaimana Untuk Memaksimumkan Simpanan KWSP

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaiman untuk memaksimumkan pulangan simpanan anda di dalam KWSP tanpa perlu mengeluarkan wang poket anda. Jom tonton video ini sekarang...