Saturday, October 20, 2012

Amazing Race to Chiang Mai

Tahniah kepada semua delegasi CWA
Assalamualaikum....

Alhamdulillah... pada 5-7 Oktober lepas kami telahpun berlepas ke Chiang Mai atas tajaan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Percutian percuma ini diberikan oleh CWA untuk perunding-perunding kewangan baru yang mencapai kutipan pelaburan saham amanah terkumpul sebanyak RM380,000 dalam tempoh setahun untuk melayakkan diri menerima satu tiket, manakala RM800,000 pula diperlukan untuk menerima dua tiket percutian percuma.  Saya merasa sangat bertuah kerana berada dibawah bimbingan Group Agency Manager tersohor iaitu Puan Fiona Tahir dan juga Agency Manager, Arma Wahab.  Hasil bimbingan mereka saya layak mendapat 2 tiket percuma untuk ke Chiang Mai ini dalam masa cuma enam bulan sahaja.

Semua perunding kewangan CWA yang layak ini dibawa mengelilingi kota Chiang Mai... Sebanyak dua buah bas persiaran eksekutif telah disediakan oleh CWA.  Pada hari pertama kami dibawa untuk membeli-belah di kawasan perkampungan kraftangan. Terdapat pelbagai barangan kraftangan dan juga barangan perhiasan rumah yang cukup menarik.  Selepas selesai bershopping kami dibawa ke hotel untuk makan malam dan beristirehat. Kami diberikan penginapan yang cukup mewah iaitu hotel bertaraf 5 bintang... Le Meridien Chiang Mai.  Cukup mempesonakan...


Pada hari kedua pula kami telah dibawa ke kawasan perlindungan gajah untuk menaiki gajah dan melihat pelbagai aksi menarik gajah-gajah jinak di sana.


Kawan-kawan dari Charisma Agency


Kemudian kami telahpun dibawa ke ladang bunga orkid untuk melihat sendiri keindahan bunga kebanggaan negara Siam itu..  Terdapat banyak bunga-bunga orkid dari pelbagai spesis dan juga rama-rama yang cukup berwarna-warni...  Pengalaman yang sungguh hebat dan sukar dilupakan.

Setelah selesai menikmati keindahan flora dan fauna, kami dibawa pula ke kilang pemerosesan batu-batu permata bernilai...  Apa lagi, ramai yang mengambil peluang untuk membeli belah barang-barang kemas di sana...

Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kain sutera dibuat.  Setelah keluar dari galeri batu permata, kami dibawa ke butik sutera esklusif kepunyaan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.  Kain sutera di sana tersangat cantik dan murah pula jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia.  Bahagian bersebelahan dengan butik terdapat bilik pameran dimana ulat sutera dipelihara, kemudian bertukar menjadi kepompong. Kepompong itu pula kemudiannya direbus dan ditarik untuk mengeluarkan benangnya.  Satu kepompong mampu untuk menghasilkan sehingga tiga meter benang sutera...



Kalau singgah ke Chiang Mai, tidak sah kalau tidak membeli produk madu lebah yang cukup asli dari kawasan pergunungan.. Madu tersebut dihasilkan dari lebah yang mengambil manisan dari bunga-bungaan yang cukup berkhasiat..  Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk lebah di sana boleh lah merujuk kepada risalah ini... cuma klik pautan risalah madu lebah Chiang Mai ini.

Seperti juga di Malaysia, tidak sah kalau tak pergi ke pasar malam..  Kalau di Kuala Lumpur ada  Petaling Street, di Chiang Mai juga ada..  Kami mengambil peluang untuk bershopping sebelum makan malam di restoran Seafood.  Banyak barang-barang yang menarik di sana dan murah pula....

Untuk malam kedua, kami disajikan dengan masakan tradisional Thai di sebuah restoran seafood.  Memang terangkat.. banyak betul makanan yang disajikan oleh pihak CWA sampai kami pun surrender kekenyangan...

Butik Sutera Chiang Mai
Pada hari terakhir kami singgah ke Northern Village untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke airport.  Sebelum itu, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran yang cukup hebat.. semua masakan laut Thai yang tersangat-sangat sedap....

Alhamdulillah.. segala layanan yang hebat ini akan memberikan kami semangat untuk terus berjuang dengan karier kami di CWA..

Insyaallah.. tahun depan kami akan pergi ke San Francisco... Amin....

Kepada mereka yang berminat untuk memiliki kerjaya hebat seperti ini, boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-3023433 atau emel abjefri.cimb@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi agensi kami iaitu Charisma Agency.  Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.charisma-agency.com.

Untuk koleksi gambar album lawatan ke Chiang Mai, sila klik pautan di sini: Album Chiang Mai


No comments:

Post a Comment