Saturday, February 16, 2013

BlackBerry Z10 vs iPhone 5




Sudah tiba masanya untuk membandingkan BlackBerry Z10 dengan jenama pengeluar telefon bimbit  lain yang besar di luar sana. Sekiranya anda sedang meninjau untuk membeli telefon pintar baru yang tidak dikuasakan oleh Android, pastinya artikel ini akan menarik minat anda.

Kita boleh melihat saingan Z10, BlackBerry yang berkongsi banyak persamaan dengan iPhone 5 di segi reka bentuk. Kedua-dua alat ini mempunyai bentuk yang lurus, tajam dan sudut bulat yang sama, tetapi "pengalaman" berbeza. Kepada mereka yang masih baru, iPhone 5 tiba dengan panel belakang 'brushed' aluminium dan rim berkilat sekitar bahagian sisinya, manakala Z10 datang dengan panel belakang plastik yang diliputi dalam bahan sentuhan lembut.

Terdapat perbezaan lain dari segi pilihan reka bentuk asas, terutamanya Apple datang dengan reka bentuk unibody dan bateri tidak boleh ditanggalkan, manakala BB Z10 menawarkan kemungkinan mengeluarkan panel belakang dan menukar bateri, serta memperluaskan penyimpanan dalaman melalui microSD. Pada sudut lain, dari segi hayat bateri, Z10 bukanlah pesaing terbaik di luar sana, jadi sifat bateri boleh ditanggalkan adalah merupakan ciri yang "mesti ada".

Satu lagi perbezaan yang besar antara Z10 dan iPhone 5 adalah sistem operasi (OS) dan ekosistem. Meskipun OS BlackBerry 10 adalah platfom jenama baru, serta datang dengan beberapa kelemahan 'bugs' yang boleh diatasi pada masa depan, namun kelihatannya ia lebih bagus daripada iOS 6 yang menawarkan pengalaman yang agak membosankan dan terhad. Navigasi isyarat pada Z10 juga agak unik, tetapi antara muka (interface) pengguna memerlukan pembelajaran yang agak mendalam. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dalam hal ini, BlackBerry Z10 telah menang.

Dari sudut lain, ekosistem BlackBerry tidak sebegitu hebat untuk menjadi alternatif kepada Apple, jadi tidak menjadi soalan tentang siapa yang menang. Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa Z10 dan ekosistem BlackBerry adalah sangat segar dan baru, jadi ia boleh diperbaiki dari masa ke masa.

Terdapat aspek-aspek lain yang perlu dipertimbangkan, seperti hakikat bahawa kamera pada Z10 bukanlah yang terbaik berbanding jenama yang ada di luar sana, manakala kamera belakang pada iPhone 5 pula merupakan salah satu yang terhebat, jadi jika anda ingin mendapatkan ciri kamera yang hebat dalam memilih peranti baru, iPhone 5 adalah pilihan yang lebih baik.

Jadi, yang mana satu daripada kedua-dua telefon bimbit ini menjadi pilihan anda? Tepuk dada tanya selera.  Ikuti video perbandingan antara kedua-dua peranti ini...