Saturday, September 14, 2013

Apple akan lancarkan iOS7

Rasa tak sabar pula rasanya menunggu Apple melancarkan iOS 7 terbaru ni.  Sejak menggunakan peranti Apple, saya amat-amat jatuh cinta pada kehebatan teknologi mereka ni, terutama sistem Backup di dalam iCloud yang sungguh hebat.  Apabila saya menukarkan iPhone saya dari yang lama kepada yang baru dan memasukkan semula data-data melalui fungsi 'restore', ia menjadi 100% seperti iPhone yang lama.  Setiap baris ayat yang belum sempat dihabiskan juga tersedia seperti tidak diusik. Saya cuba menggunakan sistem backup di dalam peranti Samsung, sangat mengecewakan kerana hanya gambar-gambar, senarai nama dan pesanan saja yang dapat dikembalikan.  Ia tidak menjadi 100% seperti peranti yang sedia ada.. banyak aturan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan 'look & feel' seperti sediakala.



Bukan saya tak gunakan peranti Android. Apabila Android mula diperkenalkan saya telah membelinya. Teknologi yang ada pada Android tidak dapat memikat hati saya.  Mungkin kerana Android merupakan sistem terbuka atau 'open source operating system' menyebabkan ianya tidak begitu mesra dengan peranti yang direka oleh syarikat lain.  Sedangkan di Apple, sistem perisian dan perkakasan dibuat oleh syarikat yang sama... Jadi peranti dapat berfungsi dengan lebih bijak dan efisien. Berbeza dengan Android, banyak fungsi yang cuba diperkenalkan, namun ianya tidak begitu digunakan.  Contohnya, perkongsian gambar melalui Bluetooth atau DLNA.  Ianya menyenangkan, tetapi tidak ramai yang menggunakannya..  Masa itu emas, selalunya selepas mengambil gambar kita akan bergegas pulang.. tidak ada masa untuk bertukar-tukar gambar melalui sistem ini.  Mungkin 5 tahun lepas orang masih lagi suka bertukar-tukar gambar melalui cara ini, tetapi sekarang ini orang lebih suka berkongsi melalui applikasi sosial seperti Whatsapp, WeChat, Facebook dan sebagainya...

Empat tahun lepas apabila Apple berkeras tidak mahu menggunakan sistem 'flash' dalam iOS, ramai yang membangkang dan mengutuk.  Apple bertegas untuk membangunkan sistem HTML 5 yang nyatanya lebih ringan, stabil dan pantas.  Android masih membangunkan sistem flash ini di dalam tablet mereka.  Namun, akhirnya mereka juga akur dan memilih untuk menggunakan sistem HTML 5 kerana sistem ini sebenarnya lebih hebat dan tidak dimonopoli oleh satu syarikat sahaja iaitu Adobe.  Malah, sistem flash menyebabkan prestasi sistem operasi menjadi berat dan tidak efektif.

Tahun lepas, sekali lagi Apple mengambil langkah berani dengan tidak meletakkan peranti CD-ROM untuk MacBook Pro versi terbaru.  Ramai yang merasakan itu satu kerugian.  Tetapi, bagi mereka yang menggunakan komputer mudah alih, sudah tentu tahu berapa kerapkah mereka menggunakan peranti CD-ROM yang ada pada komputer mereka.  Peranti CD-ROM mudah alih lebih efektif digunakan kerana fungsi itu jarang digunakan dan hanya memberatkan komputer sahaja sekiranya dibawa kesana kemari.

Paparan muka iOS7 yang serba baru
Rekaan paparan muka iOS 7 serba baru amat memikat hati.  Font yang digunakan iaitu Helvetica Nueu dalam setiap peranti dan penjenamaan Apple sangat ringkas dan memikat.. Saya tertarik dengan ungkapan di dalam website Apple, apabila sesuatu dicipta untuk bekerja dengan sempurna, ianya akan kelihatan sempurna juga...

Yang pastinya banyak fungsi fungsi yang pastinya menggembirakan dan memikat hati para pencinta barangan Apple melalui sistem operasi iOS 7 yang bakal dilancarkan pada bulan ini..

No comments:

Post a Comment