Wednesday, December 24, 2014

Terperangkap Dalam Hujan

Hari ini agak sibuk juga saya menguruskan hal-hal kerja.  Terutamanya pembahagian buku-buku nota CWA dan juga kalendar.

Hujung tahun seperti ini memang kalendar dan buku nota menjadi kemestian bagi kami untuk memberikannya kepada pelanggan-pelanggan setia.

Apabila membaca mesej Whatsapp dan Telegram,  tiba-tiba hati menjadi sayu mengenangkan keadaan di negeri saya iaitu Kelantan Darul Naim yang dilanda banjir yang teruk.

Kumpulan saya di Kelantan mengalami sedikit cabaran untuk meneruskan aktiviti harian kerana isu banjir ini.  Semoga banjir di Kelantan reda dengan cepat.

Tidak kurang juga di Kuala Lumpur dan Nilai.  Setiap hari hujan turun dengan lebat.  Kali ini saya tidak dapat untuk pulang ke pejabat selepas makan tengah hari kerana hujan.  Hmmm...  sabar....

Apapun dugaan yang mendatang,  kita haruslah sentiasa bersedia dan tidak menjadikan sesuatu isu itu sebagai satu masalah.  Andai kita cepat sangat mengalah dengan keadaan,  bermaksud mentaliti kita amat lemah dan sentiasa mencari jalan untuk menjadikan setiap dugaan sebagai penghalang dalam pekerjaan. Mereka seperti ini tidak akan berjaya sampai bila-bila dalam kehidupan mereka dek sikap mereka yang suka beralasan.

Apa-apa pun,  hujan kan satu rahmat.  Kalau tak hujan kita juga yang susah kan...  Orang yang berjaya adalah orang yang pandai mencipta peluang dalam setiap situasi.  Bukan orang yang hanya menanti peluang datang bergolek ke atas riba. 

Saturday, December 20, 2014

Musim Tengkujuh

Sedar tak sedar sudah hampir seminggu saya berada di Kelantan bumi bertuah ini...  Negeri Serambi Mekah..  Pada hari Jumaat lepas saya bergegas pulang ke rumah kerana bapa saya sakit tenat secara tiba-tiba. Tetapi alhamdulillah beliau sudah sihat seperti sediakala.

Pulang saja ke Kelantan,  hujan mula turun dengan lebat,  menyebabkan saya terkandas dan sukar untuk bergerak.  Tambahan pula kereta saya terpaksa ditinggalkan di bengkel kerana lampunya perlu diperbetulkan. Bila sahaja kereta siap, saya tak dapat untuk mengambilnya kerana hujan lebat telah memutuskan perjalanan antara pekan Pasir Puteh ke Kota Bharu...

Walaupun begitu, dek kerana semangat kerja yang berkobar-kobar dan tanggungjawab saya terhadap kumpulan #CWA saya di Kota Bharu, pada hari Jumaat pagi akhirnya saya meminjam kereta bapa saya untuk ke CWA Cawangan Kota Bharu.

Seperti biasa, bila bersama kumpulan saya semangat ukhuwwah kami yang erat membuatkan saya lupa seketika akan segala cabaran yang saya hadapi. Alhamdulillah,  kali ini kami bersatu dengan semangat yang lebih membara untuk menghadapi tahun 2015 yang pasti amat menyeronokkan.

Mereka semua bersedia untuk menyahut cabaran untuk ke Bali dan New York.  Tugas saya untuk menyuntik semangat dan menyusun strategi bagaimana untuk merealisasikan impian mereka.

Pagi Jumaat penuh dengan sesi yang sangat memberangsangkan yang saya kendalikan untuk mereka semua.  Selepas Jumaat pula sesi mereka bersama GAM Arma dan saya untuk membentuk kumpulan yang mana kami akan berikan cabaran selama 3 bulan bermula Januari -  Mac 2015 untuk capai.  Bagaimanapun,  mereka semua sangat positif dan bersemangat untuk mengambil cabaran tersebut

Selesai kerja,  kami sama-sama mengambil peluang berehat sambil menikmati udara segar di tepi Sungai Kelantan yang dipenuhi air kerana musim tengkujuh. 

Sesungguhnya dunia saya bersama CWA penuh dengan warna warni dan dikelilingi oleh mereka yang positif saya berjiwa besar. I love my team...


Sunday, November 9, 2014

What My Mind Conceive, I Will Receive It


Semalam saya tercari-cari baju smart casual yang sesuai untuk saya pakai. Ternyata semuanya sudah lama. Saya terfikir untuk bershopping baju baru, terutamanya warna merah kerana saya belum ada warna tersebut. Lagipun saya rasa warna merah agak menyerlah serta ceria dan sesuai untuk diri saya.

Sangat mengejutkan, downline saya yang baru saja pulang bercuti menghadiahkan saya baju baru, seperti apa yang saya mahukan. Sebelum ini saya banyak kali membaca dan mendengar melalui 'the power of affirmation' dan 'law of universe'. Apa yang kita mahukan, sekiranya kita yakin maka bila, bagaimana, dan di mana... Kita tetap akan menerimanya. 

Sebab itu apabila saya menginginkan sesuatu, sukar untuk saya mengalah. Saya akan yakin perkara atau benda itu sudah menjadi milik saya.. Tetapi bagaimana untuk merealisasikannya saya tidak tahu.. Yang saya tahu cuma saya yakin ia adalah hakmilik saya.  Ini adalah rahsia minda orang yang kaya raya. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita perlu ada minda sedemikian. Saya bersyukur kerana dapat mempelajari mengenai hal ini sewaktu menghadiri seminar-seminar Dr Azizan Osman dan juga pengajaran dari sifu saya iaitu Puan Fiona Tahir. What your mind can conceive, if you believe it, you will receive it in your hand..