Saturday, December 31, 2016

Tips Motivasi – Cara Mudah Bagaimana Untuk Jadi Orang Ada Motivasi


Mudah sungguh untuk jadi orang tidak bermotivasi. Cemana? Anda cuma perlu fikirkan masalah-masalah Anda, gabungkan dengan emosi-emosi power seperti tertekan,marah, kecewa, putus asa, tidak ada harapan. Tambah lagi dengan postur badan yang menampakkan Anda kurang bersemangat, diiringi air muka masam sepanjang hari.

Inilah yang berlaku disekeliling Anda. Namun ketahuilah terdapat juga cara mudah bagaimana untuk jadi orang bermotivasi. Caranya sama dengan cara tadi, cuma berbeza sedikit. Anda perlu tukar cara berfikir, tukar postur badan, tukar air muka dan paling penting sekali, tukar mindset Anda. Mindset akan mempengaruhi tindakan, lantas menampakkan kesan berlainan.

Bagaimana untuk jadi orang ada motivasi?
Sukar untuk jadi orang yang ada motivasi apabila Anda TIDAK TAHU apa yang Anda nak capai. Anda mesti ada matlamat, baru ada motivasi. Anda mesti ada kemahuan, barulah motivasi muncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, untuk menang dalam permainan ‘games’ di komputer pun memerlukan motivasi, Anda perlukan dorongan untuk terus bermain walaupun pernah dikalahkan sebelum ini.

Cemana nak memasang matlamat? Tanya diri Anda dengan 3 soalan asas dibawah ini…
1. Apa yang Anda mahu capai?
2. Orang cemana yang Anda mahu jadi?
3. Apa yang Anda sedang usahakan sekarang ini?

Motivasi wujud dalam setiap aspek kehidupan – ibadah, kerja, kewangan, cinta juga pembinaan diri. Motivasi ibadah adalah motivasi apabila Anda mahu jadi ahli ibadah, iaitu Anda mahu mempertingkatkan lagi ibadah Anda dari segi kualiti dan kuantiti.

Motivasi kerja adalah motivasi (dorongan) yang Anda rasa apabila Anda memasang matlamat mahu jadi pekerja cemerlang. Motivasi cinta adalah motivasi ketika Anda berusaha cemana untuk memperhangatkan lagi hubungan cinta Anda dengan kekasih hati atau dengan pasangan hidup.

Motivasi diri adalah motivasi yang Anda rasa ketika Anda sedang berusaha memperbaiki sikap dan tingkah laku Anda, iaitu unsur dalaman Anda. Sebagai contoh, mungkin sebelum ni Anda malas-malas, suka bertangguh.
Sekarang, Anda tekad nak berubah. Anda mahu jadi orang rajin. Dalam proses mengubah diri dari malas kepada rajin itulah motivasi amat perlu sebab motivasilah yang mendorong Anda berubah.

Secara ringkasnya, untuk menjadi orang bermotivasi yang bersemangat, Anda perlu ubah 3 aspek diri Anda, iaitu:
1. Fikiran.
2. Perbuatan.
3. Percakapan.

Pilihlah untuk jadi orang ada motivasi. Perbaikilah diri Anda setiap hari, bila Anda rasa sudah semakin baik, perbaiki lagi supaya jadi bertambah baik.

Setiap kali Anda mandi di waktu pagi, niatkan di dalam hati Anda mahu jadi orang bermotivasi. Mengapa pula kena niat semasa mandi di waktu pagi?

Sebab, ketika ini, gelombang minda Anda berada di tahap tenang iaitu tahap Alpha. Pada ketika ini, minda separa sedar Anda mudah menyerap niat, keinginan ataupun azam yang Anda sebut-sebut di dalam hati dan yang Anda banyak fikirkan di kepala.

Apa yang Anda banyak fikirkan di waktu ini, itulah yang akan muda diserap masuk oleh minda separa sedar Anda tanpa banyak soal. Jadi, banyakkanlah berfikir untuk jadi orang ada motivasi.

Ringkasnya, niatkan saja “Aku Mahu Bermotivasi” kemudian hadirkan rasa bersemangat dan rasa bertenaga selepas itu.
Langkah seterusnya, kekalkan rasa bersemangat. Rasai kehangatannya. Biar semangat membara sepanjang masa!.
LikeShow More Reactions
Comment

Tuesday, December 20, 2016

Dua Kelompok Manusia

Dua perbezaan yang nyata dalam sikap dan juga topik perbualan apabila saya berada dalam dua kelompok orang yang berbeza - orang yang berjaya dan orang yang kurang berjaya.

Kelompok Pertama - Orang Yang Berjaya dan Produktif
Orang yang berjaya selalu bercakap mengenai target, strategi dan bagaimana untuk mencapai kejayaan. Selalu encourage orang lain untuk bekerja keras dan mencapai cita-cita. Ceritanya selalu dahagakan kejayaan, sentiasa meningkatkan komitmen dalam diri sebagai pushing factor untuk lebih maju. Menganggap usaha itu sesuatu yang sangat menyeronokkan dan membanggakan.

Kelompok Kedua - Orang Yang Kurang Maju
Apabila berada dalam kelompok yang kurang berjaya, paling nyata mereka tidak menepati masa. Tidak berasa rugi membuang masa, bercakap tentang hal-hal yang tidak produktif, ada juga perasaan admire melihat orang lain berjaya tapi merasa diri tidak sehebat orang lain. Suka fokus kepada halangan dan mudah puas hati dengan pencapaian yang kecil. Sentiasa mengelakkan komitmen dan 'cut cost' agar diri tidak terbeban kerana memikirkan diri terpaksa untuk bekerja lebih demi menampung komitmen tersebut. Menganggap kerja dan usaha itu satu 'bebanan' yang terpaksa ditanggung.

Sebab itu dari dulu saya amat memilih dalam berkawan.

Berada dalam kelompok pertama sentiasa membuatkan saya rasa sentiasa ingin bergerak maju dan berdaya saing.

Berada dalam kelompok kedua membuatkan saya rasa lemah dan 'tidak apa' kalau tak berjaya kerana inilah diri saya, dunia saya dan kawan-kawan saya 'dunia akhirat'.

Sebab itu apabila memilih kawan kita harus tahu memilih yang hebat hebat. Bukan kerana kita berlagak tetapi kerana kita memang kena bergaul dengan orang positif demi untuk berjaya. Macam kita tak bagi keluarga kita berkawan dengan penagih dadah sebab kita bimbang dan kita tahu lambat laun mereka akan terikut. Begitu juga dengan diri kita.

Apabila kita ubah diri kita, pergaulan kita dan gaya kerja kita, satu persatu teman-teman yang negatif akan menjauhkan diri. Kita tidak perlu bimbang kerana kita akan mendapat lebih ramai kawan-kawan yang hebat-hebat. Selepas 5-6 tahun kalau kita tengok balik kawan-kawan yang menjauhkan diri itu, pasti mereka tetap berada pada takuk yang sama.

Upgrade ourselves to the next level to achieve our dreams. Or else just dreaming.

- Jeff AJ

Wednesday, October 12, 2016

Rawatan Kencing Manis

Saya tidak pasti adakah petua ini benar benar mujarab ataupun tidak.  Tetapi ianya telah dikongsi oleh seorang yang telah sembuh kencing manisnya...  Apa salahnya kalau kita mencuba kan...

--------------------------

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan-kawan saya sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya.

Caranya begini,  ambil sebiji limau nipis dan sumbat sebiji garam kasar di dalamnya kemudian rebus dengan tiga gelas air.

Rebus agak lama sehingga air berkurangan dari tiga gelas air sampai airnya tinggal lebih kurang segelas.  Kemudian hancurkan limau tadi.  Pastikan biji limau itu di hancur kan menggunakan guna senduk.  Apabila sudah hancur, tapis air tersebut dan minum bila ianya sejuk.

Ketika hendak meminum  air ini, sedia gula-gula atau makanan yg manis-manis kerana biasanya gula dalam badan akan jadi kosong.

Ketika hendak menyumbat garam dalam limau tersebut, garam kasar yang dimasukkan dalam limau tersebut cuma perlukan saiz biasa sahaja.  Tak perlulah besar sangat... Belah sikit limau tu untuk sumbat garam tersebut.  Sebaiknya buat sebanyak tiga kali.  Setiap kali buat gunakan sebiji sahaja limau setiap kali dan berselang sehari membuat nya. 

Ingat yg penting hancurkan biji limau tersebut.  Kalau tak hancur,  tahap kencing manisnya cuma berkurangan tapi tidak sembuh.

Saya dapat ubat ni setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT  kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah membusuk. Alhamdulillah sekarang sudah 6 tahun saya pulih sepenuhnya dan saya  tak pernah pantang makan gula.

Wallahuaklam...

Cubalah, semoga diizinkan Allah.

Tuesday, September 27, 2016

Rawatan Injap Jantung Tersumbat



Hari ini saya telah mendapat message dari whatsapp dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua.
Utk Jantung Tersumbat saya abdullah abd rahman.kp.541228 086085.
bhgn.seputeh.wil.persekutuan.sharum md noor.dato.mariam minhat.naib[24-7 7:13 PTG]  +60 19-601 4658 :
Anda boleh elakkan dari saluran jantung anda tersumbat dengan ramuan asli yang anda boleh buat sendiri dirumah :
Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?
Tunggu dulu…..Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini.
In Shaa Allah, anda akan sembuh. In Shaa Allah.
Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh).
Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu.
Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography keatas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass keatas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan.
Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti dibawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan d jlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti.
Selepas memeriksa keputusan x-ray sebelum ini dan x-ray yg baru dibuat untuk melihat keadaan semasa saluran injap jantung saya, Doktor doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani. 
Saya katakan kpd nya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini.
Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu d jalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.
En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk ku dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:
Resipi
1 cawan jus lemon
(1 Cup Fresh      Lemon Juice)
1 cawan jus halia
(1 Cup Fresh Ginger Juice)
1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)
1 cawan Cuka epal
(1 Cup Apple Cider Vinegar)
3 cawan madu
(3 Cups Honey)
Bancuh kesemua ramuan tadi -
jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan lahan selama setengah jam sehingga kirakira 1cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja.
Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkn 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi.
Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.
In sha Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)
Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.
Mohon dibuat salinan dan di edarkan kpd warga tua dan kepada mereka yg tiada talian perkhidmatan email
Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaat nya, anda akan di anugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini.
Mohon dipnjangkn pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih.

Monday, September 26, 2016

Jangan Rosakkan Anak Dengan Gadget



Saya seorang yang sukakan gadget.. Dari dulu lagi. Namun saya tak manjakan anak dengan gadget. Saya lebih suka beli dia buku cerita untuk memperkasakan penguasaan bahasa. Buku cerita juga meningkatkan imaginasi kanak-kanak.

Apabila ada masa terluang saya bawa anak saya menonton wayang atau layan movie di rumah bersama-sama. Astro di rumah pun ada pin code. Dia tak boleh buka sesuka hati. Kadang-kadang bawa anak bermain basikal, roller blade, berenang serta bercuti ke luar negara. Alhamdulillah, itu lebih meningkatkan hubungan kekeluargaan.

Cuma hujung minggu dan waktu yang terluang saya pinjamkan iPad atau smartphone saya untuk beliau bermain game atau menonton YouTube. iPad saya sentiasa dalam beg kerja pada hari biasa. Kadang-kadang saya rasa pelik apabila ada ibu bapa yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah tetapi sanggup belikan gadget yang mahal untuk anak-anak. Ada yang cakap anak mereka merengek-rengek bila tak ada gadget.

Saya tidak pernah mengajarkan anak dengan kemewahan. Bawa duit saku sehari pun cuma RM3. Dia akan bawa balik RM1 untuk dimasukkan dalam tabung. Apabila banyak atau musim perayaan, saya akan bawa dia dan tabungnya ke Tabung Haji untuk menyimpan. Tak pernah dia gunakan wang itu untuk beli barang-barang yang tak berfaedah. Saya juga menyimpan wang untuknya dalam unit amanah dan skim perlindungan dan pendidikan takaful untuk masa depannya. Sekarang ni apabila ada duit lebih dia akan bagi saya untuk disimpan.

Saya juga mengajar anak saya untuk 'memberi' dengan memberi duit saya padanya untuk dimasukkan ke dalam tabung-tabung derma apabila kami ke masjid atau di kaunter-kaunter bayaran yang mempunyai tabung derma. Kini anak saya yang minta duit apabila dia terlihat tabung derma atau orang susah. Dia akan kecewa kalau saya tidak menderma.

Sebenarnya kita yang mencorakkan anak-anak kita. Ada satu garis disiplin yang kita kena gariskan dan harus mereka patuhi. Sebagai ibubapa kita tidak sepatutnya tunduk pada apa jua kehendak anak-anak. Pilih mana yang terbaik untuk mereka. Kalau anak kita di usia yang mentah pun kita tak boleh kawal, apatah lagi apabila mereka dewasa.

Saturday, September 24, 2016

Petua Menurunkan Kolesterol

Assalamualaikum,

Hari ini saya berkesempatan berbual dengan seorang warga emas yang berusia lebih dari 70 tahun tetapi sehingga sekarang tidak mempunyai apa-apa penyakit. Badannya sihat walafiat. Saya bertanya padanya berkenaan dengan petua beliau menjaga kesihatan.

Katanya, beliau mengamalkan meminum air buah epal hijau dengan serai. Beliau mendapat petua ni katanya daripada seorang profesor yang merupakan pensyarah perubatan di sebuah universiti tempatan. Profesor tersebut menyuruhnya mengisar (blend) sebiji epal hijau dengan dua batang serai dan dicampur dengan dua gelas air untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Untuk menambahkan kesedapan bolehlah dicampurkan dengan satu sudu madu asli.

Walau bagaimana pun, minuman ini tidak boleh diminum secara berterusan. Apabila kadar kolesterol sudah turun, bolehlah dikurangkan satu gelas sehari dan kemudian boleh lah berhenti sekiranya kadar kolesterol sudah berada pada tahap yang normal.

Sama-sama kita amalkan, semoga kita dapat manfaat dari petua yang beliau kongsikan ini. Insyaallah..

Friday, September 16, 2016

Keikhlasan Dalam Kerjaya

Keikhlasan adalah sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak kira dalam berkawan, bekerja mahupun berniaga.  Apabila kita buat sesuatu dengan rasa penuh keihklasan tanpa inginkan balasan, insyaallah manfaatnya yang datang adalah menggunung.

Andai kita berkawan dengan ikhlas sudah pasti kita akan ada ramai kawan walaupun itu bukan yang kita cari.

Apabila kita rasa tidak punya wang, utamakan orang lain dahulu dengan bersedekah semampu yang boleh dan dari situ rezeki kita akan bertambah.

Andai kita berniaga kedai makan, kita memasak penuh keikhlasan untuk memberikan orang ramai merasai makanan yang sedap, sudah pasti orang akan datang kembali tanpa perlu kita suruh.

Kalau kita sediakan khidmat pelancongan, pastikan kita buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan bagi setiap sen yang mereka keluarkan.

Andai kita menjadi Perunding Kewangan, pastikan kita jujur untuk melihat pelanggan kita mempunyai wang yang banyak dengan menggandakan wang mereka di dalam pelaburan demi masa hadapan mereka, bukanlah poket kita matlamat utama.

Jadi bagaimana kita ingin bina network dalam perniagaan sedangkan kita tidak punya ramai kenalan? Jawabnya buat sahaja dengan ikhlas untuk menambah nilai kehidupan orang lain, nescaya Allah akan menghantar hamba-hamba Nya yang berdoa dalam solat meminta diberikan kejayaan itu datang berjumpa dengan kita.  Allah menghantar mereka kerana kita ikhlas.  Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba Nya.

Jadi ikhlaskan diri kita untuk kebahagiaan, kejayaan dan nilai hidup orang lain maka Allah akan memberikan kita yang lebih hebat dari itu.  Insyaallah.

Tuesday, August 30, 2016

Selamat Hari Merdeka 2016



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Merdekakan jiwa kita dari dijajah oleh sifat-sifat negatif, kegagalan, belenggu kewangan  serta diri yang dikuasai oleh orang lain dalam menentukan perjalanan hidup dan kejayaan masa hadapan kita. Merdekakan diri kita dari hidup menerima arahan demi sesuap nasi kerana kita berhak serta mampu mengatur perjalanan hidup kita.

Merdeka bukan untuk dirai dengan perayaan bunga api semata-mata kerana negara kita sudah merdeka tetapi untuk dijadikan inspirasi tentang istilah kemerdekaan sebenarnya dalam diri kita sebagai insan harapan keluarga, bangsa dan negara. Lihat diri sendiri, lihat kedalam mata insan-insan yang kita sayangi sedalam-dalamnya, lalu baca dari lubuk hati, adakah kita sudah merdeka atau masih dijajah. Tepuk dada tanya selera.

Tiada istilah terlambat dalam memulakan usaha. Buatlah keputusan untuk MERDEKA!

- Jeff AJ

#Merdeka2016
#IndepedentDay
#Millionairethrivers
#HLMTakaful
#RHBAssetManagement

Thursday, June 30, 2016

Tuesday, June 28, 2016

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN KELDAI



Hari ini saya teringatkan kisah Luqman Al-Hakim dan keldai.  Lalu saya mencari penulis blog yang bercerita tentangnya. Kisah ini saya ambil dari blog Harian Hikmah. Namun begitu saya terpaksa menukar tulisan itu kedalam Bahasa Malaysia supaya lebih senang difahami.

Pernahkah anda merasakan berada dalam lingkungan dimana semua orang membicarakan anda, apa yang anda lakukan selalu saja mengundang pandangan negatif....?  Tidak senang bukan?

Di sini kita akan bercerita suatu kisah yang sangat masyhur, iaitu Kisah Luqman AL-Hakim dan Keldai, tapi alangkah baiknya jikalau kita mengetahui sedikit siapa itu Luqman Al-Hakim. Luqman Al-Hakim adalah seseorang yang istimewa, yang namanya Allah abadikan dalam Al Quran. Beliau bukanlah Nabi atau Rasul, tapi cara didikan terhadap anaknya patut dijadikan amalan dan rujukan. Dialah Luqman Al Hakim.

Banyak perbezaan pendapat dari kalangan ulama mengenai siapa sebenarnya Luqman Al Hakim. Ibnu Katsir mengatakan bahawa "Luqman adalah seorang lelaki soleh, ahli ibadah dengan pengetahuan dan hikmah yang begitu luas." Ibnu katsir juga mengatakan bahawa "Luqman Al Hakim didalam Al Quran adalah Luqman bin Unaqa' bin Sadun." Ada juga yang mengatakan dia adalah Luqman bin Sarad sebagaimana dikisahkan oleh Ali Suhaili dari Jarir dan Al Khuzaimi.

Ibnu Khatim mengatakan bahwa "Abu Zur'ah Shafwan bin Walid, Abdurrahman bin Yazid telah bercerita kepada kami dan Jabir berkata "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Luqman Al Hakim dengan Hikmahnya. Seorang lelaki yang sudah mengenal dirinya dan sebelumnya pernah melihatnya didalam sebuah majlis bertanya kepadanya "Bukankah engkau budak dari bani fulan yang mengembala kambing kemarin. Luqman menjawab "Ya" Lelaki itu berkata "Apa yang membawaku menyaksikanmu hari ini?" Luqman berkata "Takdir Allah, menunaikan amanah, jujur dalam perkataan dan meninggalkan apa-apa yang tidak berguna." (Tafsir Al Quran Al Azhim Juz 12 hlm 333-335) 

Allah SWT telah mengangkat Lukman Al Hakim dengan hikmahnya. Untuk itu Luqman dikenali dengan panggilan Ahlul Hikmah. Mungkin kita sudah sering mendengar kata hikmah. Namun pada hakikatnya pandangan kita sering meleset akan erti hikmah tersebut. Hikmah adalah kemampuan memecahkan masalah dan mampu mencari penyelesaian terbaik dari suatu masalah. Sehingga hasil dari hikmah itu adalah kemaslahatan bagi orang tersebut.

Ada beberapa ayat dalam Al Quran yang mengabadikan pelajaran Luqman terhadap anaknya, salah satunya adalah firman Allah :

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 

Artinya:
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(QS. Luqman: 13).
  
Kembali ke kisah inti yang akan diceritakan, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa pada suatu hari Luqman Al-Hakim bersama anaknya pergi ke pasar dengan menaiki seekor Keldai. Ketika itu Luqman naik di atas Keldai sementara anaknya megikuti di belakangnya dengan berjalan kaki. Melihat tingkah laku Luqman itu, ada orang yang berkata, 

“Lihat itu orang tua yang tidak merasa kasihan kepada anaknya, dia seronok naik keldai sementara anaknya disuruh berjalan kaki.” 

Setelah mendengarkan sindiran orang-orang di situ, maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu anaknya diletakkan di atas keldai tersebut. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

“Hai, kalian lihat ini ada anak yang kurang ajar. Orang tuanya disuruh berjalan kaki, sedangkan dia seronok sahaja menaiki keldai.”

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang-orang lain pula sibuk mengata, 

“Hai teman-teman, lihat itu ada dua orang menaiki seekor keldai. Kelihatannya keldai itu sangat tersiksa, kasihan ya.” 

Oleh kerana tidak suka mendengar sindiran orang ramai, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, 

“Hai, lihat itu. Ada dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki. Untuk apa mereka bawa keldai kalau akhirnya tidak dinaiki juga.”

Ketika Luqman dan anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim menasihati anaknya tentang sikap orang-orang dan cemuhan mereka tadi.  Luqman berkata, 

“Sesungguhnya kita tidak akan terlepas dari cemuhan orang lain.” Anaknya bertanya, “Bagaimana cara kita menanganinya ayah?” Luqman meneruskan nasihatnya, 

“Orang yang berakal tidak akan mengambil pertimbangan melainkan hanya kepada Allah SWT. Barang siapa mendapat petunjuk kebenaran dari Allah, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam mengambil keputusan.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, 

“Wahai anakku, carilah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya orang fakir itu akan tertimpa tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya). Lebih dari sekadar tiga perkara itu, orang-orang lain suka merendah-rendahkan dan memperlekehkannya.”

Dari kisah diatas semoga kita mampu mendapat pelajaran yang berharga, selama apa yang kita lakukan itu diiringi niat baik serta keikhlasan  dan tidak melanggar syariat, maka percakapan orang tentang apa yang kita perbuat tidak perlu diambil hati dan tidak perlu dikhuatiri. Bahkan, jangan sampai percakapan negatif orang pada kita mendorong kita menjadi malas melakukan pekerjaan, rendah diri, tidak bersemangat lagi dan mendorong kita melakukan hal-hal yang tidak terpuji lainnya. jadikan semua itu sebagai batu ujian yang bisa kita jadikan pijakan untuk melangkah lebih jauh lagi.  Andainya kita khuatir, khuartirlah  jika yang kita lakukan itu jelek dimata Allah dan mengundang murka Allah. Naudzubillah....

Monday, June 27, 2016

Applikasi Al-Quran Percuma untuk iOS dan Android

Sudah lama saya menggunakan applikasi ni.  Dahulu saya memang tercari-cari applikasi yang menyamai Al-Quran sebenar dan boleh dibawa ke mana-mana.

Alhamdulillah selepas terjumpa Bayan Al-Quran ni saya jatuh cinta kerana ianya seolah-olah sebuah Al-Quran.  Dengan menggunakan applikasi ini, kita bukan sahaja dapat membaca Al-Quran di mana-mana sahaja tetapi ia didatangkan dengan audio dimana kita boleh mendengar bacaan Al-Quran tersebut sekiranya terdapat bahagian yang kita agak keliru mengenai bacaannya.  Kita juga boleh memilih qari yang kita sukai mengikut alunan bacaan Al-Quran mereka.
Anda juga boleh meletakkan 'bookmark' untuk surah-surah yang sentiasa anda baca.  Jadi amat mudah untuk kita pergi ke bahagian yang kita kehendaki.

Applikasi ini terdapat dalam versi iOS untuk iPhone dan iPad serta versi Android untuk peranti yang menggunakan platform android ini. Di bawah ni saya tunjukkan contoh bagaimana kita rupanya applikasi ini di iPad.



Sekiranya anda berminat untuk download applikasi ini, boleh lah klik di link ini untuk iOS dan juga Android.  

Selamat membaca Al-Quran!



Saturday, June 18, 2016

Majlis Iftar



Baru-baru ini kumpulan saya iaitu Millionaire Thrivers telahpun mengadakan majlis iftar yang bertempat di pejabat urusan kami di Sepang.

Majlis ini telahpun dijalankan dengan konsep 'pot luck' dimana kebanyakan diantara perunding dibawah jagaan saya memasak sendiri pelbagai juadah untuk disajikan bersama termasuklah roti jala, serawa durian, daging masak merah, ayam masak black pepper, nasi arab, cendol, kuih-muih dan sebagainya..

Kumpulan perunding MT

Shahrul & Adham

Ashie & Liza


Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah sekali.  Ada juga yang membawa anak-anak dan pasangan masing-masing untuk memeriahkan suasana. Semoga ikatan kekeluargaan kami di Millionaire Thrivers ini akan sentiasa berterusan dan diberkati Allah hendaknya.

 

 

Ashie, Tikah & Norita

 

Kumpulan kami yang ceria selalu




Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Semoga tahun ini memberi lebih banyak keberkatan.

Friday, April 1, 2016

Percutian Ke New York, USA


Google Office, NY

Baru-baru ini saya  bersama dengan Millionaire Sisters telahpun berpeluang untuk melawat New York City, USA hasil dari pencapaian saya pada tahun 2015 dengan salah sebuah syarikat yang saya sertai.

Dari kiri- Dato' Elynn, Dato' Akmar dan Jeff AJ

Lawatan selama 5 hari ini adalah sangat-sangat meriah dan menyeronokkan, apatah lagi ianya adalah lawatan percuma yang diberikan sempena dengan pencapaian cemerlang mereka pada tahun 2015.

Ini adalah kelebihan perunding-perunding kewangan kerana mereka sentiasa diraikan dengan percutian percuma ke luar negara untuk segala usaha yang mereka lakukan untuk syarikat.

Sekiranya anda juga ingin mendapat peluang yang sama iaitu untuk bercuti ke luar negara, jangan lupa menyertai kumpulan saya di Millionaire Thrivers Group.  Segala latihan dan tunjuk ajar akan saya diberikan kepada anda untuk membantu anda menjadi seorang yang berjaya.

Millionaire Sisters  bershopping di butik Victoria Secret

Limo ride with Millionaire Sister

Berpeluang membeli Apple Watch sebagai tanda kenangan

Brooklyn Ice Cream Factory

Limo ride with Millionaire Sisters


Apple Store, NYC





Hijrah 2016



Seperti mana yang semua orang ketahui, Jeff AJ adalah dari Charisma Legacy.  Itu betul tetapi ianya kini sudah menjadi sejarah.  Setiap yang  bermula pasti akan berakhir.  Perniagaan kita harus sentiasa berkembang untuk kemajuan masa hadapan.

Alhamdulillah, selaras dengan perkembangan kumpulan saya dan hala tuju kumpulan saya untuk memperluaskan tugas kami sebagai Perunding Kewangan yang serba boleh dan mempunyai kepelbagaian, maka saya telahpun membuat keputusan untuk keluar dari pakatan Charisma Legacy dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Millionaire Thrivers Group dalam usaha untuk melebarkan sayap dengan lebih serius di dalam bidang insurans dan takaful.

Untuk itu saya dan anak-anak didik saya telah pun menyertai syarikat HLM Takaful dan Allianz Life Insurance untuk menyediakan pelan perlindungan kepada pelanggan kami.  Bagi lebih memantapkan ilmu kami, kami juga telah bekerjasama dan melantik Millionaire Sisters sebagai sifu kami.

Millionaire Sisters sangat terkenal dan sinonim dengan pencapaian mereka yang cemerlang dalam insurans dan takaful.  MS Dato' Akmar dan Dato' Elynn telah berkali-kali dinobatkan sebagai MDRT, iaitu pencapaian bertaraf dunia dalam bidang insurans dan takaful. Kami semua merasa amat bertuah kerana dapat berguru dengan orang-orang hebat seperti mereka berdua ini.

Doakan kami, Millionaire Thrivers Group untuk lebih maju jaya dalam apa yang kami usahakan.

Monday, February 1, 2016

Percutian ke Jepun


Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita saya untuk melawat negara matahari terbit ini.  Saya dan keluarga bersama-sama dengan sahabat saya iaitu Firuszana dan keluarganya telah merancang percutian ini lebih awal lagi.  

Tokyo Sheraton Grande Hotel
Kami memilih untuk pergi ke Jepun pada musim sejuk untuk menikmati kesejukan salji di sana.  Saya sangat teruja dengan budaya orang-orang Jepun yang sangat berdisiplin.  Mereka tidak makan sambil berjalan, mereka cuma makan di dalam keretapi atau di dalam restoran sahaja. Kalau di tempat lain, makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam keretapi tetapi di Jepun ianya dibenarkan.  Akan tetapi keretapi mereka tersangat bersih kerana rakyat mereka sangat mementingan kebersihan.



Saiz katil yang besar



Hari pertama saya menginap di hotel Sheraton Grande di Tokyo Bay.  Hotel ini terletak di dalam Disneyland Tokyo.. tempat yang menjadi kegilaan kanak-kanak.  Itu adalah agenda utama untuk anak saya Nurul Amani Izzati dan juga anak-anak Firuszana. Hotel ini memang besar, rasa rugi pula sebab pilih untuk 3 orang tetamu kerana mereka memberikan kami 2 buah katil bersaiz queen dan satu katil bujang.

Keesokan harinya kami berjalan di sekitar kawasan pasar basah di Tokyo.  Di pasar ini terdapat pelbagai jenis seafood yang jarang dijumpai di Malaysia.  Saya tidak pasti pula harganya tetapi ianya agak menarik.  Cuma yang sukar sedikit di Jepun ini adalah untuk mencari restoran makanan halal.  Jadi kami banyak makan seafood selain dari makanan yang kami bawa dari Malaysia.

Rice cake yang comel dan sedap






Strawberry yang sangat segar dan manis


Amani, Farissa dan Fatihah
Setelah Disneyland dibuka, kami bergerak dari pasar pagi ke sana. Di sana kami meluangkan sepenuh masa untuk membawa keluarga ke Disneyland Tokyo. Disneyland ini lebih besar dari di Hong Kong.  Terdapat DisneySea bersebelahan dengan Disneyland ini.  

Walau bagaimanapun saya tidak berkesempatan untuk ke DisneySea ini kerana cuaca teramat-amat sejuk. Kami menghabiskan masa di dalam Disneyland sehingga malam.  Oleh kerana kesejukan dan sentiasa berjalan saya terasa begitu kepenatan, tetapi kanak-kanak langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penat sebab mereka terlalu excited dengan semua permainan di dalam Disneyland.

Saya sudah pun memasuki tiga Disneyland iaitu di Hong Kong, Paris dan Tokyo.  Apa yang pasti di Paris dan Tokyo mereka menggunakan bahasa rasmi negara mereka.  Jadi agak sukar untuk kita fahami beberapa pertunjukan. Berbeza dengan Disneyland di Hong Kong, pertunjukkan dipecahkan kepada dua sessi iaitu Mandarin dan Bahasa Inggeris. 

Paling menarik di dalam Disneyland ni adalah Parade Show nya.  Parade show ni bermaksud pertunjukan jalanan.  Hampir semua karakter Disney akan keluar semasa pertunjukkan Parade Show ini.  Semuanya sangat-sangat cantik.  Begitu juga dengan pemilihan model mereka, seolah-olah sama dengan karakter kartun di dalam cerita Disney.

Kalau nak pergi ke Disneyland, seboleh-bolehnya janganlah pergi pada hujung minggu atau cuti sekolah.  Lebih teruk adalah pada hujung minggu kerana penduduk mereka sendiri pun datang mengunjungi Disneyland dan menyebabkan queue untuk bermain setiap permainan itu menjadi terlalu panjang.  
Apa yang kami alami ketika berada di Disneyland Paris sangat-sangat mengecewakan. Kami terpaksa beratur sehingga 45 minit malah lebih dari itu untuk bermain setiap game ataupun untuk bergambar dengan karakter Disney.  Sangat-sangat membuang masa dan memenatkan kerana terpaksa berdiri lama berjam-jam.



Amani sangat excited walaupun sejuk

Menunggu Parade Show

Frozen show

Parade show


Segalanya dibuat begitu teliti dan menarik perhatian



Disneyland Castle

Sebelum Disneyland ditutup, selalunya ianya akan diraikan dengan bunga api yang sangat-sangat menarik diiringi dengan lagu yang rancak dan meriah. Sampai di hotel saja saya terus terlena kepenatan.

Keesokan harinya kami bertolak ke Yudanaka, iaitu bahagian tengah-atas Jepun.  Sepanjang perjalanan kami dapat melihat salji yang menebal apabila hampir tiba ke destinasi.  Suhu di sini teramat sejuk tetapi pemandangan cukup indah.  Di Jepun tidak ada tong sampah.  Jarang sekali untuk kita berjumpa tong sampah.  Ini kerana mereka membawa pulang sampah sendiri.

Perjalanan ke Yudanaka


Kami berada di Yudanaka selama dua malam. Kawasan ini sangat unik.  Saya jatuh hati dengan keindahan bumi Jepun dan kebersihan nya.  Pada mulanya saya terfikir, bagaimana orang Jepun boleh jadi tersangat berdisiplin.  Tetapi apabila kita ingat balik ayat Al-Quran, kita memang dijadikan berlainan supaya kita boleh mengenali antara satu sama lain.  Sememangnya Allah sudah menciptakan kita begitu.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).] Surah Al-Hujurat: ayat 13

Kanak-kanak geram dengan salji yang begitu lembut dan tebal

Di sini saljinya adalah sangat tebal.  Suhu mencecah -3º hingga -7º celcius.  Saljinya pula teramatlah putih dan halus.  Rasa macam nak makan je salji tu.. nasib baik tak ada sirap, kalau tidak dah jadi ABC.



Air yang membeku kerana kesejukan
Pada hari yang keempat, kami mendaki gunung yang terkenal dengan monyet yang bermuka merah yang terletak di Nagano.  Walaupun agak tinggi dan licin, tetapi kerana kecantikan alam semulajadi serta kesejukan udara di sini, kami langsung tidak berasa penat.










Saya sangat suka berada di sini, kecuali satu sahaja iaitu sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.  Jadi, kami cuma masuk ke dalam kedai convenient store yang dibuka 24 jam dan membeli makanan laut serta roti sahaja.  



Setelah berada dua malam di Yudanaka, Nagano, kami bertolak pulang semula ke Kotaraya Tokyo.  Di sana kami menghabiskan masa selama dua hari menikmati pemandangan bandaraya yang serba canggih itu.  Tetapi jangan terkejut sekiranya anda dapati segala gadget yang di jual di Tokyo terutamanya di pusat gadget iaitu di Akihabara Street jauh lebih mahal dari di Malaysia.  Jadi tak sesuai untuk kita berbelanja di sana.  Simpan sahaja duit untuk berbelanja makan dan berjalan.




Akihabara Street

Perjalanan selama 6 hari 5 malam ini sangat menyeronokkan.  Yang pastinya saya ingin ke sana lagi kalau dipanjangkan umur. Selamat tinggal Tokyo.