Saturday, December 31, 2016

Tips Motivasi – Cara Mudah Bagaimana Untuk Jadi Orang Ada Motivasi


Mudah sungguh untuk jadi orang tidak bermotivasi. Cemana? Anda cuma perlu fikirkan masalah-masalah Anda, gabungkan dengan emosi-emosi power seperti tertekan,marah, kecewa, putus asa, tidak ada harapan. Tambah lagi dengan postur badan yang menampakkan Anda kurang bersemangat, diiringi air muka masam sepanjang hari.

Inilah yang berlaku disekeliling Anda. Namun ketahuilah terdapat juga cara mudah bagaimana untuk jadi orang bermotivasi. Caranya sama dengan cara tadi, cuma berbeza sedikit. Anda perlu tukar cara berfikir, tukar postur badan, tukar air muka dan paling penting sekali, tukar mindset Anda. Mindset akan mempengaruhi tindakan, lantas menampakkan kesan berlainan.

Bagaimana untuk jadi orang ada motivasi?
Sukar untuk jadi orang yang ada motivasi apabila Anda TIDAK TAHU apa yang Anda nak capai. Anda mesti ada matlamat, baru ada motivasi. Anda mesti ada kemahuan, barulah motivasi muncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, untuk menang dalam permainan ‘games’ di komputer pun memerlukan motivasi, Anda perlukan dorongan untuk terus bermain walaupun pernah dikalahkan sebelum ini.

Cemana nak memasang matlamat? Tanya diri Anda dengan 3 soalan asas dibawah ini…
1. Apa yang Anda mahu capai?
2. Orang cemana yang Anda mahu jadi?
3. Apa yang Anda sedang usahakan sekarang ini?

Motivasi wujud dalam setiap aspek kehidupan – ibadah, kerja, kewangan, cinta juga pembinaan diri. Motivasi ibadah adalah motivasi apabila Anda mahu jadi ahli ibadah, iaitu Anda mahu mempertingkatkan lagi ibadah Anda dari segi kualiti dan kuantiti.

Motivasi kerja adalah motivasi (dorongan) yang Anda rasa apabila Anda memasang matlamat mahu jadi pekerja cemerlang. Motivasi cinta adalah motivasi ketika Anda berusaha cemana untuk memperhangatkan lagi hubungan cinta Anda dengan kekasih hati atau dengan pasangan hidup.

Motivasi diri adalah motivasi yang Anda rasa ketika Anda sedang berusaha memperbaiki sikap dan tingkah laku Anda, iaitu unsur dalaman Anda. Sebagai contoh, mungkin sebelum ni Anda malas-malas, suka bertangguh.
Sekarang, Anda tekad nak berubah. Anda mahu jadi orang rajin. Dalam proses mengubah diri dari malas kepada rajin itulah motivasi amat perlu sebab motivasilah yang mendorong Anda berubah.

Secara ringkasnya, untuk menjadi orang bermotivasi yang bersemangat, Anda perlu ubah 3 aspek diri Anda, iaitu:
1. Fikiran.
2. Perbuatan.
3. Percakapan.

Pilihlah untuk jadi orang ada motivasi. Perbaikilah diri Anda setiap hari, bila Anda rasa sudah semakin baik, perbaiki lagi supaya jadi bertambah baik.

Setiap kali Anda mandi di waktu pagi, niatkan di dalam hati Anda mahu jadi orang bermotivasi. Mengapa pula kena niat semasa mandi di waktu pagi?

Sebab, ketika ini, gelombang minda Anda berada di tahap tenang iaitu tahap Alpha. Pada ketika ini, minda separa sedar Anda mudah menyerap niat, keinginan ataupun azam yang Anda sebut-sebut di dalam hati dan yang Anda banyak fikirkan di kepala.

Apa yang Anda banyak fikirkan di waktu ini, itulah yang akan muda diserap masuk oleh minda separa sedar Anda tanpa banyak soal. Jadi, banyakkanlah berfikir untuk jadi orang ada motivasi.

Ringkasnya, niatkan saja “Aku Mahu Bermotivasi” kemudian hadirkan rasa bersemangat dan rasa bertenaga selepas itu.
Langkah seterusnya, kekalkan rasa bersemangat. Rasai kehangatannya. Biar semangat membara sepanjang masa!.
LikeShow More Reactions
Comment

Tuesday, December 20, 2016

Dua Kelompok Manusia

Dua perbezaan yang nyata dalam sikap dan juga topik perbualan apabila saya berada dalam dua kelompok orang yang berbeza - orang yang berjaya dan orang yang kurang berjaya.

Kelompok Pertama - Orang Yang Berjaya dan Produktif
Orang yang berjaya selalu bercakap mengenai target, strategi dan bagaimana untuk mencapai kejayaan. Selalu encourage orang lain untuk bekerja keras dan mencapai cita-cita. Ceritanya selalu dahagakan kejayaan, sentiasa meningkatkan komitmen dalam diri sebagai pushing factor untuk lebih maju. Menganggap usaha itu sesuatu yang sangat menyeronokkan dan membanggakan.

Kelompok Kedua - Orang Yang Kurang Maju
Apabila berada dalam kelompok yang kurang berjaya, paling nyata mereka tidak menepati masa. Tidak berasa rugi membuang masa, bercakap tentang hal-hal yang tidak produktif, ada juga perasaan admire melihat orang lain berjaya tapi merasa diri tidak sehebat orang lain. Suka fokus kepada halangan dan mudah puas hati dengan pencapaian yang kecil. Sentiasa mengelakkan komitmen dan 'cut cost' agar diri tidak terbeban kerana memikirkan diri terpaksa untuk bekerja lebih demi menampung komitmen tersebut. Menganggap kerja dan usaha itu satu 'bebanan' yang terpaksa ditanggung.

Sebab itu dari dulu saya amat memilih dalam berkawan.

Berada dalam kelompok pertama sentiasa membuatkan saya rasa sentiasa ingin bergerak maju dan berdaya saing.

Berada dalam kelompok kedua membuatkan saya rasa lemah dan 'tidak apa' kalau tak berjaya kerana inilah diri saya, dunia saya dan kawan-kawan saya 'dunia akhirat'.

Sebab itu apabila memilih kawan kita harus tahu memilih yang hebat hebat. Bukan kerana kita berlagak tetapi kerana kita memang kena bergaul dengan orang positif demi untuk berjaya. Macam kita tak bagi keluarga kita berkawan dengan penagih dadah sebab kita bimbang dan kita tahu lambat laun mereka akan terikut. Begitu juga dengan diri kita.

Apabila kita ubah diri kita, pergaulan kita dan gaya kerja kita, satu persatu teman-teman yang negatif akan menjauhkan diri. Kita tidak perlu bimbang kerana kita akan mendapat lebih ramai kawan-kawan yang hebat-hebat. Selepas 5-6 tahun kalau kita tengok balik kawan-kawan yang menjauhkan diri itu, pasti mereka tetap berada pada takuk yang sama.

Upgrade ourselves to the next level to achieve our dreams. Or else just dreaming.

- Jeff AJ