Tuesday, December 20, 2016

Dua Kelompok Manusia

Dua perbezaan yang nyata dalam sikap dan juga topik perbualan apabila saya berada dalam dua kelompok orang yang berbeza - orang yang berjaya dan orang yang kurang berjaya.

Kelompok Pertama - Orang Yang Berjaya dan Produktif
Orang yang berjaya selalu bercakap mengenai target, strategi dan bagaimana untuk mencapai kejayaan. Selalu encourage orang lain untuk bekerja keras dan mencapai cita-cita. Ceritanya selalu dahagakan kejayaan, sentiasa meningkatkan komitmen dalam diri sebagai pushing factor untuk lebih maju. Menganggap usaha itu sesuatu yang sangat menyeronokkan dan membanggakan.

Kelompok Kedua - Orang Yang Kurang Maju
Apabila berada dalam kelompok yang kurang berjaya, paling nyata mereka tidak menepati masa. Tidak berasa rugi membuang masa, bercakap tentang hal-hal yang tidak produktif, ada juga perasaan admire melihat orang lain berjaya tapi merasa diri tidak sehebat orang lain. Suka fokus kepada halangan dan mudah puas hati dengan pencapaian yang kecil. Sentiasa mengelakkan komitmen dan 'cut cost' agar diri tidak terbeban kerana memikirkan diri terpaksa untuk bekerja lebih demi menampung komitmen tersebut. Menganggap kerja dan usaha itu satu 'bebanan' yang terpaksa ditanggung.

Sebab itu dari dulu saya amat memilih dalam berkawan.

Berada dalam kelompok pertama sentiasa membuatkan saya rasa sentiasa ingin bergerak maju dan berdaya saing.

Berada dalam kelompok kedua membuatkan saya rasa lemah dan 'tidak apa' kalau tak berjaya kerana inilah diri saya, dunia saya dan kawan-kawan saya 'dunia akhirat'.

Sebab itu apabila memilih kawan kita harus tahu memilih yang hebat hebat. Bukan kerana kita berlagak tetapi kerana kita memang kena bergaul dengan orang positif demi untuk berjaya. Macam kita tak bagi keluarga kita berkawan dengan penagih dadah sebab kita bimbang dan kita tahu lambat laun mereka akan terikut. Begitu juga dengan diri kita.

Apabila kita ubah diri kita, pergaulan kita dan gaya kerja kita, satu persatu teman-teman yang negatif akan menjauhkan diri. Kita tidak perlu bimbang kerana kita akan mendapat lebih ramai kawan-kawan yang hebat-hebat. Selepas 5-6 tahun kalau kita tengok balik kawan-kawan yang menjauhkan diri itu, pasti mereka tetap berada pada takuk yang sama.

Upgrade ourselves to the next level to achieve our dreams. Or else just dreaming.

- Jeff AJ

No comments:

Post a Comment